Bisikan Hati Miss Oni
Rahsia HANDPHONE Ketika Kecemasan [**mesti baca]

Wednesday, October 05, 2011 | 12:24:00 AM | 0 Comment [s]

Salam manis bersama madu,
Salam rindu beserta I MISS U,

Salam sayang beiring I U,

Salam rock wa caya sama lu,
Salam silaturrahim ~ hye beb , buat apa tu ??


Meh baca ni . Oni ada info menarik tentang npon especially ketika waktu emergency sangat . Maybe dah ada yang tahu rahsia nya . Saja je nak kongsikan bersama , sama - sama kita dapat faedah nya . 




NOMBOR KECEMASAN

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua npon adalah 112 . Jika anda dalam kecemasan & berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian npon yang anda gunakan , cuba dail nombor kecemasan 112 . Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan . Lebih menarik lagi , ia boleh terus didail walaupun papan kekunci npon anda dikunci ( keypad lock ) .



KERETA TERKUNCI

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta & kereta anda ketika itu terkunci dari luar ?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda bukan ? Jangan risau , telefon bimbit boleh membantu . Tapi bagi kereta yang menggunakan sistem penggera ( alarm ) sahaja . Caranya , cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda . Kemudian pegang npon anda dari jarak kira-kira 30 cm ( 1 kaki ) dari kereta yang terkunci itu . Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya . Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada . Kerana itu juga lah , penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya . Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya .


KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu , npon yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan . Bayangkan jika bateri npon anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan emergency call atau anda sedang berada dalam kecemasan . Npon jenis NOKIA didatangkan dengan bateri simpanan [*jenis len , Oni tak tau lerr ~ sorry] . Untuk mengaktifkannya , tekan kekunci *3370# . Npon anda akan berjaya dihidupkan semula & skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 % . Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .


NPON DICURI

Bagaimana jika npon anda dicuri . Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di npon anda , sila dail *#06# & 15 digit nombor siri npon anda akan tertera di skrin . Nombor ini adalah unik untuk setiap npon . Catatkan nombor siri ini & simpannya di tempat yang selamat . Apabila telefon bimbit anda dicuri , anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda & berikannya kod nombor siri tersebut . Mereka kemudiannya akan mengunci sistem dalam npon anda & sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar , dia tidak akan dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut .


So , try la kalau tak caya . Selamat mencuba ~!!


**Older Post** | **Newer Post**
The Disclaimer

No harsh word(s) and print screen of this blog allowed.

Don't be a loyal copycat please.


Navigations

Diary About Stuff Site



Let's Talk

Sorry !
Don't have cbox at this time. Soon maybe !


The Credits

Template : Farisyaa Awayy
Basecode : Nurynn
Full edited : Miss Oni

Best view : GOOGLE CHROME!