Bisikan Hati Miss Oni
Aku Melangkah Di Sini Lagi

Thursday, January 10, 2013 | 11:10:00 PM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum !!


I'm back ! Yes, Oni kembali lagi untuk mengaktifkan blog nie . Bukan lah nak mengaktifkan sangat . Cuma nak on kasi stalker(s) and reader(s) masuk je [*suka-suka la katakan] . Hehe . Baik kan Oni sekarang ?


Posts lama malas lah nak kacau . Biar je lah . Bukan ada yang nak godek-godek pon kan . Len la kalau awok tu kepo sangat nak tau cite Oni kan . Hahaha . Lagipun, dah kira baek Oni ada padamkan some post lama yang membuktikan kebenaran tu . Oni tak kacau hidup korang, so tak payah nak menyemak pi kacau hidup Oni balik ok .





Perkara yang dah lepas, Oni ucapkan berbanyak terima kasih . Seriously, dengan senyuman lebar, Oni ikhlas . Jangan plak kata Oni nak tunjuk baek dan show off jer . Dari korang lah, Oni dapat mengenali perangai remaja sekarang . Now, sebusuk-busuk mana pun nama Oni di sini dikerjakan dek korang, Oni tetap happy with my life . At least, hidup Oni tak porak peranda . Tak perlu gak Oni nak tunduk malu dengan kata-kata Oni dahulu . Sebab Oni bercakap ikut tahap kemampuan dan yang benar je . Ukur baju di badan sendiri . Oni tau Oni takde pengaruh sehebat korang di sini . Takde kengkawan/backup setia bak geng korang yang sanggup tolong memekak dalam bab-bab pergaduhan and Oni tak pandai nak mengampu orang . Oni akui si mamat tu sanjung tinggi kat korang . Maybe sebab rambut pun dah sama color kot [*whatever lah . Oni tak kisah] . Yang power, cantik, hebat, ohsem, pandai, cekap, suma korang . Tak bangga ker dapat kawan camtu ? Walaupun ada keburukkan, dia tetap menidakkannya . Mungkin kerana sikap dia camtu, korang boleh percaya dia bulat-bulat, mereka cerita buruk tentang Oni . Alahh, lagipun, korang sama-sama membesar lah katakan . Ok, mulut orang, Oni tak dapat nak tutup . So then, diam je lah kan . Malas lah nak fikir-fikir lagi . Berdiam lebih baik dari terus menjawab . Akhernya macam dulu gak, makin terpesong cerita dan punca sebenar . Korang nak anggap Oni musuh selamanya ke apa ker, lantak lah . Oni tak kesah . Dari pengalaman-pengalaman lepas, bergaduh dengan budak-budak dan sebagainya, ada gak wujudnya pengalaman manis/baik dalam hidup Oni sekarang bersama mereka . Punca yang kecil, bila sengaja diperbesarkan, cam dulu tu lah jadinya tapi bila cuba diselesaikan cara baik, capai sefahaman dan keputusan yang sama/tenang/adil, kegembiraan yang menjadi balasan dari-Nya [*insyaALLAH] .


Walaweiii . Tutup cerita lama tu . Biarkan sejarah mengajar kita ok . Btw, blog ni nampak so simple kan ? Al maklum lah, blog lama . Time tak reti sangat pasal edit mengedit nih . Lain la kalau blog-blog baru Oni sekarang, jauh sangat dah bezanya . Oni sayang blog nie sesangat . Waima hanya blog kedua, tetapi nie lah blog pertama yang mengajar Oni mengilai serta memahami html dan sebagainya . Nah, sekarang Oni dah berjaya dalam setiap perkara pengubahsuaian blog dan bergelar editor . Cuma Oni tak ambil tempahan public je . Oni just ambil tempahan kengkawan terdekat jer . Hehe !


Ok lah, panjang lebar dah Oni pok-pek di sini . Kita jumpa di lain waktu yer . Apa-apa pon, Oni persilakan korang komen kat sini . Oni terima, tak kisah lah korang nak komen apa-apa pon . Tu pun kalau korang sudi, tak paksa pon yer . Selamat malam ..!


**Older Post** | **Newer Post**
The Disclaimer

No harsh word(s) and print screen of this blog allowed.

Don't be a loyal copycat please.


Navigations

Diary About Stuff Site



Let's Talk

Sorry !
Don't have cbox at this time. Soon maybe !


The Credits

Template : Farisyaa Awayy
Basecode : Nurynn
Full edited : Miss Oni

Best view : GOOGLE CHROME!